Menu Khinzir Halal di Korea? Ini Trick Peniaga Jalanan Dapatkan Perhatian Pelancong Muslim

Korea Selatan, memang sebuah negara yang cukup menarik. Negara ini mula menampakkan pengaruh ke atas dunia dengan kemunculannya sebagai negara yang mendahului beberapa bidang teknologi seperti smartphone dan juga automotif.

Malah, industri hiburan Korea juga berkembang hingga ke negara Barat. Siapa yang boleh lupa fenomena Oppa Gangnam Style. Bukan setakat lirik lagu dihafal, tetapi juga tarian unik yang muncul bersamanya.

Hati-Hati Dengan Penjual Makanan Jalanan di Korea

Hati-Hati Dengan Penjual Makanan Jalanan di Korea

Pengaruh Korea juga sampai ke Malaysia. Pengaruh dunia hiburan K-Pop bagai meledak di Malaysia, memang bukan calang-calang. Pengaruh dari Korea begitu kuat sehingga ada ingin mengenal negara Korea dengan lebih dekat.

Sebenarnya pengaruh Korea dah lama wujud.

Antara jenama Korea yang telah 'menakluk' dunia adalah seperti Samsung, Daewoo, Hyundai, Kia, LG, CJ, Hankook dan banyak lagi termasuklah produk makanan yang pernah menjadi kontroversi iaitu Lotte Pepero.

Pasti ramai lagi ingat mengenai drama cinta Winter Sonata yang memaparkan keindahan tempat yang ada di Korea. Ada yang memang sanggup travel ke negara kimchi ini bukan saja terkenal dengan kehebatan teknologi, K-Pop dan K-Drama, malah makanannya yang sedap-sedap!

Maka, muncullah juga pelbagai pakej untuk pergi melancong dan bercuti ke Korea ini.

Dan dalam keghairahan melihatkan industri pelancongan Korea ini berkembang, ramai antara kita yang terlupa bahawa negara Korea bukanlah negara yang benar-benar mesra kepada pelancong beragama Islam.

Hati-Hati Dengan Penjual Makanan Jalanan di Korea

Andai melancong ke mana-mana sekalipun, buat seorang Muslim, pastinya perkara pertama yang ingin diketahui dan dicari ialah bagaimana nak mendapatkan makanan halal.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Najib Ayub telah berkongsikan video beliau di Myeongdong Street. Tempat ini terletak di dalam daerah yang terkenal untuk membeli-belah.


Apa yang kelihatan di dalam video tersebut ialah papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah, sebelah gerai yang ada menjual menu khinzir. Menu tu jelas tertera di kedai.

Ini pula apa yang dikatakan oleh beliau setelah video itu dimuat-naik...

Hati-Hati Dengan Penjual Makanan Jalanan di Korea

Menurut beliau, pemilik gerai akan menukar papan tanda halal yang diletakkan di tepi dan akan dipamerkan bergantung kepada crowd. Jika ada ramai pengunjung beragama Islam melalui jalan tersebut, pemilik gerai akan terus naikkan papan tanda halal yang awalnya disorok.

Dan, jika tidak ramai pengunjung Muslim, pemilik gerai akan menggunakan papan tanda yang biasa, dan turunkan papan tanda halal! Ini trick peniaga di Korea, terutama di jalan atau laluan yang banyak menjual makanan.

Awas. Jangan sesekali terpedaya dengan menu yang nampak sedap dijual di tepi jalan, yang kononnya ada papan tanda halal.

Khinzir Halal di Korea?

Babi halal dijual di Korea

Selain itu, melalui sebuah posting restoran halal di Seoul turut mengesahkan bahawa kebanyakan makanan jalanan di Myeongdong Street tidak halal. Malah, ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.

Maka, berhati-hatilah bercuti di Korea, terutama sekali apabila anda mahu mendapatkan makanan dari sumber haiwan, yang kemungkinan besar tidak halal.

Previous Post Next Post