6 Perkara atau Servis Terminal Bersepadu Selatan TBS Perlu Diketahui

Biasa dengan perkhidmatan disediakan di Terminal Bersepadu Selatan atau TBS? Ia merupakan stesen perhentian bersepadu melibatkan pengangkutan awam darat di Malaysia. Menerusi TBS, anda boleh ke utara, selatan, dan ke timur Semenanjung Malaysia menerusi perkhidmatan seperti bas ekspress, teksi dan juga keretapi.

Walaupun ianya telah lama beroperasi, masih ramai pengguna yang kurang mengetahui beberapa servis perkhidmatan yang ada disediakan di TBS. Malah kakitangan TBS sering menerima banyak pertanyaan berkaitan Terminal Bersepadu Selatan ini.

6 Perkara Mengenai Servis Disediakan oleh Staff Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan TBS

Kami ingin berkongsi sedikit Q&A yang biasa diterima warga staf di Terminal Bersepadu Selatan setiap kali berhadapan dengan bakal penumpang yang cuba mendapatkan perkhidmatan terbaik di TBS. Ada di antara melucukan tetapi boleh dijadikan panduan untuk pengguna yang lain.


Baca 6 persoalan di bawah, dan fahami jawapan yang diberikan berkaitan servis yang disediakan di TBS. Kalau boleh kongsikan kepada rakan-rakan yang sering menggunakan TBS ini sebagai panduan dan rujukan mereka.

Ianya adalah olahan daripada original post dikongsi oleh saudara Ahmad Sobri Mansor, kakitangan berdedikasi di TBS.

Perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan TBS

1. “Encik, dekat mana kaunnter tiket bas Transnasional?”

Rupa-rupanya masih ada lagi yang tak tau konsep Sistem Pembelian Tiket Berpusat (Centralized Ticketing System) di Terminal Bersepadu Selatan ini.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan, apatah lagi bila masih ada lagi pengguna yang bertanyakan soalan-soalan mudah dan sebenarnya sudah tersedia terjawab di beberapa maklumat am dipaparkan di dalam TBS ini.

Perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan TBS

Kalau anda sampai di sini, anda tidak perlu terpinga-pinga untuk mencari kaunter syarikat bas macam yang ada di Terminal Bas Pudu suatu ketika dulu. Anda boleh walk-in di mana-mana kaunter yang sedia ada. Tiada terminal khas untuk syarikat bas ekspress yang khusus!

Pilih sahaja tarikh dan destinasi, contohnya Jitra pada 24hb Januari 2020 dan sistem akan paparkan syarikat bas ekspres yang menyediakan destinasi yang anda pilih tadi.

Anda pilihlah samada ingin memilih perkhidmatan dari syarikat bas ekspress Transnasional, KKKL, Super Nice, Adik-Beradik atau mana sahaja mengikut citarasa anda. Terseran dan terpulang, anda diberikan pilihan dan ianya sangat mudah.

Ya. Segala servis dan perkhidmatan utnuk mendapatkan tiket bas ekspress di TBS telah dipermudahkan untuk pengguna. Fahami dan gunakan sebaiknya.

2. “Bang, kalau saya beli tiket online macam redbus ke, easybook ke, busonlineticket ke, macam mana ye?”

Perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan TBS

Boleh. Tiada masalah untuk membeli tiket secara online samada menerusi laman web Redbus, Easybook, Busonlineticket dan sebagainya.

Cuma, selepas anda membeli tiket bas ekspress secara online, anda perlu walk-in di kaunter berwarna hijau di aras 3. Nama kaunter tersebut adalah Boarding Pass Counter. Ia adalah untuk membuat penukaran tiket sebenar.


Apa perlu anda buat?

Anda hanya perlu menunjukan email yang diterima dari syarikat jualan tiket online tadi di kaunter khas ini, atau sebarang bukti berkaitan pembelian tiket bas ekspress secara online ini. Staff  TBS di kaunter hijau akan membantu membuat proses penukaran tiket bas.

Proses penukaran tiket bas ini tidak mengambil masa yang terlalu lama. Ia cuma ambil masa beberapa minit, cuma untuk kebaikan anda; datanglah awal untuk memudah dan mempercepatkan proses.


Kerana apa? Tiada siapa tahu, mungkin sewaktu anda hendak menukar tiket di kaunter khas ini nanti, handphone anda tiba-tiba tiada bateri, email tak boleh buka, tak boleh download (kredit habis) dan macam-macam perkara yang tidak dapat kita jangka. Maka, cuba elakkan.

Benda-benda kecil dan remeh ini jika tidak diambil ingatan bakal menjadi punca anda ketinggalan bas. Walaupun pemandu bas kebiasaannya setia dan jujur memberikan servis terbaik untuk anda, mereka ada penumpang lain yang perlu dihormati dan jadual perjalanan yang perlu diikuti.

Mohon supaya tidak mendatangkan masalah kepada penumpang lain yang tahu prosedur di TBS. Anda perlu bertanggungjawab dengan perkhidmatan yang telah dipermudahkan kepada anda. Simple.

3. “Malam pun ada bas ke bang?”

Perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan TBS

Ya. Perkhidmatan bas ekspress ada di waktu malam. Tidak kira anda ingin menuju ke utara atau pantai timur. Malah, jika and ingin terus ke Thailand pun, perkhidmatan bas ekspress boleh didapati pada waktu malam.


Contoh; anda naik bas waktu malam jam 2 pagi, anda akan sampai ke Hadyai dalam pukul 10 pagi. Anda pergi mengurut dengan awek siam, atau cari jodoh di sana, kemudian anda balik masuk ke Malaysia semula dengan naik bas yang sama pun tiada masalah.

Pastikan sahaja ada dokumen perjalanan yang sah. Ya, TBS boleh sediakan perkhidmatan bas ekspress waktu malam, dan boleh terus ke Thailand atau Singapura.

4. "Saya baru dapat claim e-wallet. Boleh ke nak guna untuk beli tiket bas?"

Perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan TBS

Boleh. Tiada sebarang masalah untuk membuat bayaran tiket menggunakan e-wallet atau e-dompet. Sekarang ini, TBS menerima pembayaran tiket melalui sistem e-wallet yang sah. TBS menyokong sistem e-wallet yang terkenal, termasuklah Boost, Touch N Go dan banyak lagi.

Anda jangan ingat e-wallet hanya untuk beli Tealive sahaja di TBS. Gunakan e-wallet anda untuk pembelian tiket bas ekspress di TBS. Ini zaman pembelian tanpa tunai!

Pun begitu, usah risau jika terdapat banyak tunai dalam dompet atau anda tidak mempunyai sebarang e-wallet dalam smartphone anda. Sistem e-wallet adalah sebagai alternatif sahaja.

Pembayaran tunai masih lagi diterima. Semuanya disediakan untuk kemudahan para pelanggan dan penumpang di TBS.

5. "Bang, saya dah beli tiket bas nak balik kampung. Tapi saya tak jadi nak balik pulak sebab ada hal. Abang boleh tolong jualkan untuk saya tak?"

Perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan TBS

Biasa berlaku. Iyalah, mana boleh menduga ada sesuatu bakal berlaku bilamana anda dah teruja nak balik ke kampung menggunakan perkhidmatan bas ekspress di TBS.

Sekarang, persoalannya ialah, boleh atau tidak anda menjual balik tiket bas yang telah dibeli kepada TBS atau menerusi kaunter disediakan di TBS?

Jawapannya, tidak boleh!

Daripada anda meminta staff TBS menjualkan tiket anda kepada orang lain, adalah lebih afdal sekiranya anda sebagai pelanggan yang menjual sendiri tiket tersebut kepada orang lain. Ohh jangan risau setakat menjual satu tiket milik anda yang sah kepada pelanggan lain, ini tidak bermakna anda dianggap sebagai ulat tiket.

Dalam banyak-banyak bentuk pertolongan yang boleh diberikan oleh staff TBS, ia tidak sesekali termasuk membeli atau menjual balik tiket bas anda. Ianya dianggap sebagai satu kesilapan dan kecuaian pelanggan; dan ia adalah dibawah tanggungjawab pelanggan itu sendiri.


6. "Bang, saya tertinggal barang dalam bas tadi. Saya turun bas nak buang air. Keluar je tandas, bas dah takde. Saya ada barang tertinggal atas seat dalam bas tu. Tolong bang, tolongggg?"

Apa perlu anda lakukan? Ok. Pertama sekali anda perlu bertenang jika situasi ini berlaku. Tidak perlu panik.

Seterusnya, anda perlu pergi ke kaunter Khidmat Pelanggan (Customer Service) di Aras 3, Terminal Bersepadu Selatan ini. Ianya betul-betul berada berhadapan dengan mesin ATM di TBS.

Di situ, anda berikan info penting seperti nama syarikat bas, nombor pendaftaran bas atau anda tunjuk saja tiket bas yang ada dalam simpanan anda untuk tindakan dan bantuan staff TBS.

In Sha Allah, pegawai khidmat pelanggan yang bertugas waktu itu akan menghubungi pemandu bas atau syarikat bas yang tinggalkan anda tadi dan bertanyakan barang anda yang tertinggal di dalam bas.

Elakkan melepaskan geram pada staff di kaunter tersebut. Mereka ingin membantu anda sebaik mungkin. Beri peluang untuk mereka bantu anda dengan baik.

Begitulah.

Ahmad Sobri Mansor

**

Harapnya dengan perkongsian ini dapat merungkai beberapa persoalan yang biasanya tertanya oleh pelanggan atau bakal pelanggan TBS. Malah, darinya ini dapat membantu menyelesaian beberapa masalah yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

[Promo] Dapatkan Lebih Penjimatan Penginapan di Hotel Pilihan dengan Agoda

Gunakan servis yang disediakan untuk kegunaan ramai ini dengan sebaik mungkin. Jangan abuse. Jika kita tidak menghargai, bagaimana orang lain nanti dapat menikmatinya bersama?

Previous Post Next Post