90 Peratus Botol Minuman Berjenama Ada Mikroplastik

Hari ini, hampir keseluruhan produk makanan khusunya air menggunakan botol plastik. Walaupun ia kemungkinan suatu yang baik bagi anda mendapatkan makanan yang dibungkus, disimpan, dipanaskan, dilapisi atau dihidangkan dalam plastik, namun malangnya terdapat bukti yang mendedahkan bahawa plastik akan merosakkan kesihatan.

Kita sudah sedia maklum, plastik adalah dikategorikan sebagai bahan yang sukar diurai. Itu sebab ramai yang mengitar-semula botol-botol plastik dan produk yang berasaskan plastik. Plastik menjadi ancaman besar kepada persekitaran termasuklah kehidupan alam semuljadi.

90 Peratus Botol Minuman Berjenama Mengandungi Mikroplastik

Mikroplastik dalam botol plastik berjenama

Apa yang telah berlaku disebabkan oleh plastik memang sudah dasyat. Dan baru-baru ini, terdapat penemuan daripada kajian yang rasanya lebih bahaya daripada apa yang sedang berlaku sekarang.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan pelancaran kajian mengenai kajian potensi zarah plastik dalam air minuman. Dan menakutkan ialah usai kajian tersebut mendapati kepingan plastik kecil terdapat di dalam lebih daripada 90 peratus (%) sampel air botol daripada jenama popular di dunia.

Mikroplastik dalam botol plastik berjenama

Dalam kajian baru, analisis 259 botol dari 19 lokasi di sembilan negara dengan 11 jenama berlainan mendapati purata zarah plastik adalah sebanyak 325 untuk setiap liter air yang dijual. Dan, daripada 259 botol yang diuji, hanya 17 daripanya bebas daripada plastik.

Bahaya mikroplastik dalam botol plastik

Malah, dalam satu botol Nestle Pure Life, mengandungi lebih 10,000 keping mikroplastik bagi setiap liter air. Jenama lain yang berada pada tahap yang tinggi termasuk Bisleri (5,230), Gerolsteiner (5,160) dan Aqua (4,713).

Ia satu penemuan yang agak menakutkan, kerana mikroplastik ini yang sangat kecil dan sukar terurai masuk ke dalam tubuh badan. Ia boleh memberikan banyak mudarat yang kita tidak lagi ketahui, bersandarkan kepada hakikat bahawa plastik itu sudah terbukti mencemarkan dan membahayakan alam sekitar.

Mikroplastik merosakkan hormon


Mikroplastik merosakkan hormon
Menurut kajian Effects of microplastic exposure on the body condition and behaviour of planktivorous reef fish (Acanthochromis polyacanthus), mikroplastik dengan polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh mengubah hormon utama termasuk estrogen, testosteron dan tiroksin.

Selain itu, perubahan dalam tingkah laku juga akan berlaku sebagai tindak balas terhadap kebuluran yang mungkin disebabkan plastik. Sebagai contoh, individu yang lapar mungkin menjadi lebih agresif dan lesu.

Walau bagaimanapun, menurut WHO, tiada bukti bahawa penggunaan serat mikroplastik mempunyai kesan terhadap kesihatan manusia, tetapi ia masih menjadi kebimbangan baru. Kajian-kajian sedang giat dibuat untuk membuktikan hal ini dalam segala aspek, samada untuk jangkamasa pendek atau panjang.

Sumber: Hello Doktor

Previous Post Next Post