Remaja 14 Tahun Maut, Telefon Meletup Ketika Tidur

Dah banyak dilaporkan oleh media massa mengenai insiden dan kejadian melibatkan telefon pintar meletup dan terbakar. Malah, tular beberapa video yang menunjukkan bahaya telefon pintar ini. Anda tentu masih ingat lagi beberapa insiden tak diingini yang pernah terjadi akibat letupan telefon pintar?

Walaupun, pihak berwajib telah melakukan pelbagai cara untuk elakkan insiden tidak diingini berlaku akibat telefon pintar, namun kejadian tersebut tetap berulang berlaku, dan terbaru satu kejadian letupan telefon pintar telah mengorbankan seorang remaja dari Kazakhstan ketika tidur.

Remaja Maut Telefon Meletup Ketika Tidur

Remaja Maut Telefon Meletup Ketika Tidur

Remaja tersebut yang berusia 14 tahun maut sewaktu tidur disebabkan letupan yang berlaku pada telefon pintarnya.

Alua Asetkyzy Alzalbek merupakan seorang pelajar yang menetap di Bastobe, Kazakhstan.

Seperti kebanyakan remaja lain (termasuklah kebanyakan dari kita), Alua menghabiskan masa sebelum tidur dengan mendengar muzik daripada playlist telefon pintarnya.

Namun secara tiba-tiba pada keesokan harinya, dia ditemui meninggal dunia setelah bateri telefon dilaporkan meletup berdekatan kepala remaja malang ini.

Peranti itu disambungkan dengan soket elektrik dan Alua sedang mengecas bateri sambil meletakkan telefon di atas bantal bersebelahan. Setelah ia meletup, dia berdepan dengan kecederaan teruk pada kepala dan terus maut.

Forensik mendapati bateri tersebut meletup setelah ia menjadi terlalu panas akibat terlebih cas. Ini adalah perkara biasa yang berlaku jika kita mengecas semasa tidur. Kita tidak sedar bilakah ia tamat.

Rakan karibnya, Ayazhan Dolasheva, 15, mengakui terkejut dengan kejadian tragik itu dan berkata, “You were the best. Sukar untuk saya percaya saya telah kehilangan kamu selamanya.”

Jadi, kalau boleh elakkan mengecas bateri dan meletakkan telefon yang sedang dicas berdekatan semasa tidur. Malang tidak berbau.
Previous Post Next Post