Vivo NEX 3, Telefon Pertama 5G di Malaysia

Vivo NEX3 - Telefon Pertama 5G di Malaysia. Kali ni anda mesti teruja dengan penampilan peranti baharu daripada Vivo. Vivo telah melancarkan peranti mereka yang pertama menyokong teknologi 5G di Malaysia. Wow! Ia memang satu langkah yang ke hadapan daripada jenama lain.

Peranti yang dimaksudkan ialah telefon pintar Vivo NEX 3. Selain daripada kemampuannya menyokong teknologi 5G, ia ada beberapa ciri utama lain yang mengujakan.

Telefon Pintar Vivo NEX 3 - Pertama di Malaysia Dengan Teknologi 5G

Telefon Pintar Vivo NEX 3 - Pertama di Malaysia Dengan Teknologi 5G

Salah satu ciri terbaik dan menonjol pada Vivo NEX 3 ini ialah penampilan skrin POLED Waterfall FullView Display dengan lengkungan sisi memenuhi skrin sehingga 99.6% pada skrin bersaiz 6.89 inci. Vivo NEX 3 menggunakan skrin Super AMOLED tanpa takuk dan lubang!

Pelancaran Vivo NEX 3 ini agak kurang dijangka oleh ramai kerana jenama ini baru sahaja melancarkan Vivo V17 Pro dengan 6 kamera awal bulan Oktober 2019. Dan apabila munculnya NEX 3 serba baharu, pastinya ia menampilkan ciri-ciri yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.

Ciri Menarik Peranti 5G Pertama Vivo

Ciri dan harga Vivo NEX 3 5G

Tarikan lain yang terdapat pada telefon pintar NEX 3 ini ialah kamera depannya atau selfie-camera. Ia menggunakan sensor 16MP yang berpasangan dengan LED Flash dan dipasang pada modul pop boleh sembunyi. Modul pop up kamera ini mengambil masa hanya 0.65 saat untuk keluar, membuatkan ia lebih pantas dari sistem pop up telefon-telefon Vivo sebelum ini.

Tarikan lain pada NEX 3 ialah sistem tri-kamera belakang gabungan 64MP + 13MP + 13MP yang dipanggil Lunar Ring Camera System.

Vivo NEX 3 didatangkan dengan pemproses berkuasa Qualcomm Snapdragon 855 Plus bersama flash memory berkelajuan tinggi UFS 3.0, ini membolehkan NEX 3 menyediakan prestasi menjalankan tugasan pada peringkat terbaik, pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar.

Ciri menarik smartphone Vivo NEX 3 5G Malaysia


Kapasiti bateri juga agak besar iaitu berkapasiti 4500mAh. Ini membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, apatah lagi ia turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W serta teknologi penjimatan kuasa C-DRX.

Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti pada tahap minima walaupun dengan penggunaan berat.

NEX 3 disediakan dengan storan dalaman 256GB.

Satu lagi cirian menarik yang ada pada telefon pintar serba baharu Vivo NEX 3 ialah adanya cip audio bebas AK4377A. Cip ini menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul.

Pengguna yang sering menonton movie atau mendengar lagu menerusi peranti mudah-alih pasti akan menghargai keupayaan cip audio ini.

Harga Vivo NEX 3 di Malaysia

Harga VIVO NEX 3 5G Malaysia

Untuk harga, Vivo NEX 3 5G ini dilancarkan dengan harga jualan RM3899 seunit.

Dengan pelancaran serta harga rasmi yang telah diumumkan, ia menjadikan peranti terbaharu daripada Vivo ini adalah telefon pintar pertama di Malaysia yang menyokong teknologi 5G yang kini sudah berada di dalam peringkat pengenalan di beberapa lokasi terpilih di Malaysia.

Video Pandangan Pertama Vivo NEX 3 5G

Previous Post Next Post