Kisah percutian gadis ini menerusi akaun Twitter telah mendapat lebih daripada 7 ribu retweets. Ini menunjukkan bahawa masih ramai antara rakyat Malaysia terutamanya; tidak mengetahui mengenai tempat-tempat menarik dan best yang ada di Ipoh.
Tempat Menarik di Ipoh Untuk Dikunjungi
Apa menariknya percutian di Ipoh? Mengapa sehingga mendapat lebih daripada 7K ulang-kicau di media sosial sehingga ada beberapa blog berkaitan travel dan percutian berkongsi itenari yang sama?Ipoh. Sebuah bandaraya yang kaya dengan sejarah negara yang telah mencorakkan bentuk dan format kemerdekaan negara Malaysia. Malah, banyak perkara pertama berlaku di Perak adalah berlokasi di Bandaraya Ipoh ini. selain Taiping, Batu Gajah, Pasir Salak dan yang lain.
Mari baca perkongsian tersebut yang turut menerima lebih 15 ribu sukaan. Perkongsian tersebut telah diolah dari tweets asal untuk memudahkan pembacaan anda.
Istana Kellie
Istana Kellie terletak tidak jauh dari Bandaraya Ipoh. Jika anda dari arah Kuala Lumpur, anda perlu keluar dari exit tol Gopeng/Kampar atau Simpang Pulai untuk sampai ke lokasi ini. Keluar sahaja tol, dah ada papan tanda arah menuju ke istana ini.Memang ada beberapa kisah menarik yang berlaku semasa pembinaan Istana Kellie yang terbengkalai ini. Jika ada yang tidak tahu, istana ini tidak sedikit pun terlibat dengan sebarang kematian yang dikatakan berlaku semasa pembinaannya.
Malah, kisah berhantunya istana ini tidak dapat dipastikan memandangkan kebanyakkan cerita hanya cakap-cakap sahaja atau kata lain cuma hearsay. Kemungkinan adanya kisah misteri berkaitan istana ini dihebohkan kerana ianya pernah lama ditinggalkan oleh pemiliknya, selain dikelilingi hutan dan belukar yang tebal sebelum ini.
Jika nak baca mengenai istana ini, boleh baca di blog berikut - Singkap Kebenaran Cerita Mengenai Berhantunya Istana Kellie Batu Gajah
Kedai Kopi Yong Suan
Tak ramai yang tahu nama sebenar kedai ini yang popular dengan Nasi Ganja Ipoh. Ia menjadi tarikan penggemar nasi kandar di sekitar bandaraya ini. Walaupun terdapat isu sensitif timbul yang berkait dengan kedai makan ini, ia tetap menjadi pilihan mereka yang mahukan hidangan panas dan sedap nasi kandar yang popular di bahagian utara Semenanjung Malaysia.
Concubine Lane
Concubine Lane, juga berdekatan dengan beberapa tempat tarikan di Ipoh seperti Kong Heng Square, Time Tunnel Ipoh, Dunia Terbalik dan juga Muzium Yasmin. Ia menjadi salah satu tempat menarik dan dipetakan dalam laluan bersejarah Bandaraya Ipoh. Jika anda mengambil servis bas hop-in-hop-off; boleh turun di sini.Dari sini boleh jalan kaki sahaja ke tempat menarik yang lain seperi dikongsikan dalam tweets gadis bernama Yaya ini.
Miniature Wonders Art Gallery
Dunia kecil dengan penceritaan. Jika anda tertarik dengan miniature, benda-benda kecil yang comel, lokasi ini memang tempat terbaik di Ipoh.
Time Tunnel
Sekarang, dah banyark tempat yang menyediakan tempat seperti Time Tunnel Ipoh Old Town ini. Malah, di Cameron Highlands pun ada tempat dinamakan Time Tunnel. Ia menyajikan lokasi untuk mengambil gambar berlatar-belakangkan benda-benda yang rare serta vintaj.Muzium Yasmin Ahmad
Tidak ramai di Malaysia yang mengetahui akan kewujudan Muzium Yasmin Ahmad di Bandaraya Ipoh ini. Ia bersebelahan dengan Kong Heng Square dan juga Concubine Lane. Memang tak jauh, boleh berjalan kaki sahaja ke sini dari dua lokasi tadi.Di sinilah anda boleh melihat pelbagai karya Yasmin Ahmad. Ia juga adalah lokasi menarik untuk mengabadikan gambar kenangan percutian di Ipoh.
Stesen KTM / Town Hall / Restoran Pakcik Wong / Family Bundle
Pasar Karat
Pasar Karat di Bandaraya Ipoh memang dah lama wujud. Malah, lokasi asal Pasar Karat adalah di tepian Sungai Kinta. Ia juga dikenali sebagai Loken buat penduduk di Perak. Di sinilah anda boleh mendapati banyak benda yang sangat sukar ditemui sekarang dijual dengan harga berpatutan.Malah, ada menyifatkan pencari 'harta karun' menjadikan Pasar Karat sebagai lubuk buat duit online jika tahu mengenai nilai estitika yang ada pada barangan tersebut.
Gunung Lang
Lokasi ini sudah beberapa kali mengalami perubahan sehingga ia menempatkan sebuah mini Zoo di dalam Taman Gunung Lang. Istimewanya ialah anda perlu akses menerusi bot untuk ke taman yang ada Zoo Mini tersebut.Ia tempat bersantai samada pada waktu pagi mahupun petang. Tak susah nak ke sini, daripada bandaraya Ipoh sudah ada papan tanda tunjuk arah ke sini, malah jika anda menyelusuri ikut Lebuhraya Utara Selatan pun boleh nampak tunjuk arah ke Gunung Lang ini.
Tasik Cermin
Tak ramai yang tahu mengenai kewujudan Tasik Cermin ini hatta pada penduduk sekitar Ipoh. Ia dianggap sebagai hidden gem yang terletak berhampiran tapak projek kuari yang sedikit sebanyak dikhuatiri mengancam tasik yang cantik ini.Menariknya ialah, akses untuk ke Tasik Cermin yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh ini memerlukan anda melalui kawasan perumahan dan kedai. Dan untuk masuk ke kawasan Tasik Cermin ini, anda akan melalui satu gua. Gua ini boleh dilalui oleh sesiapa sahaja, tak perlu guna apa-apa kelengkapan khas.
Jika anda berada di Ipoh untuk percutian anda, pastikan senarai ini anda jadikan panduan.
Artikel ini diolah dari perkongsian thread tweets oleh yay4