10 Hotel Warisan Yang Mampu Mengimbau Zaman Lampau

Ada banyak jenis hotel di Malaysia yang disertakan dengan keunikan tersendiri. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah negara asing selain penduduknya yang terdiri dari pelbagai lapisan kaum, etnik serta budaya, cerminan ini tergambar juga pada struktur bangunan yang masih kekal wujud.

Banyak bangunan-bangunan lama sekitar Malaysia yang telah dikekalkan menjadi bangunan warisan dan ada di antara bangunan lama ini ditukar dan mengalami transformasi sehingga dijadikan ruang pejabat, muzium dan juga sebuah hotel penginapan.

10 Hotel Pilihan Berciri Warisan Untuk Imbau Zaman Lampau

Kali ini, Daain akan kongsikan senarai 10 hotel berciri bangunan warisan terbaik yang terdapat di Malaysia. Keunikan rekabentuk serta suasana hotel ini pasti akan membawa pengunjung dan pelancong mengimbau ke zaman lampau.

Casugria Dutch Boutique Heritage Bed & Breakfast di Melaka

Casugria Dutch Boutique Heritage Bed & Breakfast di Melaka

Tempat penginapan cantik ini diibaratkan sebagai 'permata tersembunyi' di tengah-tengah Bandaraya Melaka, Bandar Bersejarah. Dibina oleh seorang bangsawan keturunan Belanda yang berpengaruh pada tahun 1810, bangunan Villa Dutch Colonial dan kawasan halamannya kekal terpelihara di sebalik pembangunan pesat sekitarnya.

Ia sangat menakjubkan bagaimana selama berpuluh-puluh tahun, bangunan cantik yang menjadi tempat penginapan mampu kekal bertahan sehingga sekarang. Malah, ada yang mengatakan dan percaya ia satu-satunya bangunan bercirikan warisan seumpamanya yang masih wujud di negeri Melaka.

Villa ini terdiri daripada beberapa buah chalet di kawasan taman dilengkapi kolam adalah sangat sesuai untuk pasangan sejoli, selain beberapa bilik lain yang lebih besar untuk mereka yang bercuti dan menginap bersama keluarga.

Casugria Dutch Boutique Heritage
Casugria Dutch Boutique Heritage Malacca
Casugria Dutch Boutique Heritage Malacca
Casugria Dutch Boutique Heritage Malacca
Casugria Dutch Boutique Heritage Malacca

Harga penginapan di hotel berciri warisan senibina Belanda ini adalah bermula dari RM300+. Boleh dapatkan tawaran harga yang lebih menarik di Traveloka di sini - https://invol.co/cll87w


Hotel 23 Lovelane di Pulau Pinang

Hotel 23 Lovelane di Pulau Pinang

Hotel butik di Pulau Pinang ini sememangnya unik, apatah lagi ianya telah dibina dengan penuh kasih sayang bagi menhidupkan warisan negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan arkitek dan seorang conservationist pada tahun 2011.

Hotel 23 Loveland ini mempunyai 10 bilik dan telah direkabentuk bersandarkan kepada beberapa ciri istimewa rekabentuk heritage dalam lipatan sejarah, menjejaki sehingga ke tahun 1800an.


Pengunjung boleh mengabdikan diri ke dalam kerangka sejarah lama menerusi suasana yang diwujudkan persis zaman lampau

Nak tengok lebih banyak gambar selain harga penginapan di hotel ini? Boleh lihat di sini - https://invol.co/cll882

Bon Ton Resort di Langkawi

Perkampungan Warisan Melayu Bon Ton Resort di Langkawi

Dari namanya, seolah ianya sebuah resort yang terletak di negara berjiran, Thailand. Tetapi sebenarnya ia sebuah resort butik yang mengekalkan ciri warisan rumah Melayu dahulu terletak di Langkawi, Kedah.

Keistimewaan resort ini ialah ia terdiri dari 8 buah rumah warisan Melayu yang ada di antaranya berusia lebih daripada 100 tahun! Sangat mengagumkan kerana ianya telah dipelihara dengan amat baik.

Rumah Melayu usia lebih 100 tahun di Langkawi

Resort bertaraf lima bintang ini berada 10 minit dari lapangan terbang menjadikannya sebuah penginapan yang ideal. Tetamu berpeluang untuk menikmati keindahan Pantai Cenang yang terletak hanya lima minit. Resort ini dibina di dalam ladang kelapa yang berusia satu abad dan setiap villa memiliki pemandangan indah kolam renang.

Bon Ton Resort di Langkawi

Walaupun rekabentuk luar seolah menampakkan rumah kampung yang usang, tetapi ruang dalamannya telah disesuaikan dengan keperluan pengunjung bagi memastikan keselesaan selama berada di sini.

Bon Ton Resort di Langkawi berciri rumah melayu zaman lampau
Bilik mandi Bon Ton Resort di Langkawi

Harga penginapan di Bon Ton Resort ini bermula dari RM580++ semalam. Untuk merasai pengalaman menginap di perkampungan warisan Melayu Langkawi ini, boleh cuba dapatkan menerusi Traveloka di sini - https://invol.co/cll8ck

Hotel Puri di Melaka

Hotel Warisan di Melaka - Hotel Puri

Hotel berciri warisan Peranakan negeri Melaka ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, bersebelahan dengan Jonker Street yang amat terkenal. Ianya telah direstorasikan dengan sangat teliti yang asalnya merupakan rumah nenek moyang dari keturunan mendiang Tan Kim Seng.

Tan Kim Senang ialah seorang ahli perniagaan berketurunan Peranakan Melaka yang memiliki ladang getah di negeri ini.

Hotel Warisan di Melaka - Hotel Puri
Hotel Warisan di Melaka - Hotel Puri

Penginapan di sini akan memberikan anda peluang merasai bagaimana suasana kehidupan sebuah keluarga Peranakan Melaka di zaman lampau, apatah lagi dekorasi dalaman di Hotel Puri masih mengekalkan ciri budaya warisan unik ini.

Nikmati juga hidangan istimewa Perakanan Melaka yang tidak terdapat di tempat lain, dan relaks-kan diri anda menerusi servis spa mewah yang disediakan.

Hotel Warisan di Melaka - Hotel Puri
Hotel Warisan di Melaka - Hotel Puri

Harga penginapan di Hotel Puri ini bermula dari serendah RM160++. Boleh semak harga tawaran menarik penginapan di hotel warisan Peranakan Melaka ini samada di Traveloka mahupun Agoda.

5 Heeren by The River di Melaka

5 Heeren by The River

Satu lagi penginapan yang mengekalkan ciri warisan masyarakat Peranakan Melaka. 5 Heeren by The River merupakan sebuah tempat penginapan berkonsepkan muzium yang terletak di tebing Sungai Melaka.

Penginapan di hotel ini bukan sekadar memberikan anda sekilas rasa bagaimana kehidupan golongan kaya masyarakat Baba Nyonya, tetapi dengan lokasi yang strategik, membolehkan anda dapat menikmati tarikan lain dan aktiviti di sekitar bandar Melaka.

5 Heeren by The River
5 Heeren by The River

Pihak 5 Heeren juga menyediakan serta menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan para pengunjung mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda di hotel bertaraf hotel warisan di Melaka ini.

Yeng Keng Hotel di Pulau Pinang

Yeng Keng Hotel di Pulau Pinang

Bila berkata mengenai negeri yang penuh dengan warisan lampau, negeri Pulau Pinang adalah antara negeri di Malaysia yang memiliki banyak hotel dan tempat penginapan bercirikan kolonial. Salah satu hotel penginapan yang ada ciri-ciri warisan peninggalan kolonial ini adalah Yeng Keng Hotel.

Yeng Keng Hotel Penang

Hotel ini terletak di Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang. Ia merupakan hotel butik yang mengekalkan ciri rekabentuk warisan lampau abad ke 19, apatah lagi lokasinya terletak dalam UNESCO World Heritage Site.

Hotel ini cuma 15 minit berjalan kaki daripada kawasan tarikan pelancong iaitu Fort Cornwallis dan juga Khoo Kongsi. Manakala, tempat makan popular dan juga Gurney Drive hanya 10 minit perjalanan dengan kenderaan.

Yeng Keng Hotel Penang
Yeng Keng Hotel Heritage Hotel in Penang
Yeng Keng Hotel Heritage Hotel in Penang

Hotel ini mempunyai 19 bilik dengan penambahan suasana hijau yang menjadikan hotel ini sangat mendamaikan oleh suasana alam semulajadi.

Yeng Keng Hotel Heritage Hotel in Penang

Hotel penginapan ini bermula dari RM320 untuk semalam. Boleh dapatkan tawaran menarik secara online menerusi beberapa laman web tempahan hotel yang disediakan di Agoda, Traveloka mahupun Booking.com.

Hotel The Edison George Town di Pulau Pinang

Hotel The Edison George Town

Hotel ini adalah hotel butik mewah yang terletak di Lebuh Leith, Georgetown, Pulau Pinang. Kawasan ini sangat terkenal sebagai penempatan taikoon berbangsa Cina Hakka sedikit masa dahulu.

Hotel ini pada awalnya dibina sebagai rumah untuk ahli perniagaan Yeo Wee Gark pada tahun 1906, ia telah diubah menjadi sebuah hotel pada tahun 1940an, menggabungkan warisan dan kemewahan untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Hotel The Edison George Town

Harga penginapan semalam adalah dari RM500++ semalam.

Hotel Areca Pulau Pinang

Hotel Areca Pulau Pinang

Deretan bangunan rumah kedai yang dibina sebelum perang dunia ini telah dinaik-taraf dan diubahsuai menjadi hotel penginapan yang bertaraf 3 bintang di Georgetown, Pulau Pinang. Senibina luar dikekalkan dan bahagian dalaman telah diberikan sentuhan moden namun masih ada ciri warisan yang mampu mengimbau masa lampau.

Hotel ini terletak di Jalan Khoo Siang Ewe, Georgetown dan berhadapan hotel ini letaknya The Majestic Theatre, yang merupakan panggung wayang pertama yang menayangkan filem-filem berbahasa Cina tanpa suara.

Hotel Areca Pulau Pinang

Rekabentuk Hotel Areca yang memanjang dengan suasana zaman silam yang diketengahkan pasti akan menambat hati dan menjadikan diri seolah sedang berada di zaman lampau.

Hotel Areca Pulau Pinang
Hotel Areca Pulau Pinang
Hotel Areca Pulau Pinang

Buat mereka yang sukakan nilai klasik dalam bilik, pastinya hotel ini adalah pilihan terbaik. Pengunjung akan menghargai ciri zaman lampau yang diketengahkan.

Harga hotel penginapan bermula dari RM240 semalam untuk mereka yang bercadang bercuti di Penang, dan menginap di Georgetown.


Previous Post Next Post