Senarai Aktiviti Menarik dan Menyeronokkan Boleh Dibuat di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai permata hijau Asia Tenggara. Terletak di Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia adalah negara berbilang kaum yang istimewa serta makmur. Negara ini mempunyai pelbagai daya tarikan untuk diterokai seperti flora dan fauna unik, pantai-pantai yang permai, resort pelancongan yang cantik, hutan rimba dan pulau-pulau yang cukup mengagumkan.

Malaysia juga mempunyai banyak mercu tanda yang diiktiraf sebagai tapak ‘UNESCO World Heritage’, hasil usaha pemuliharan dan pemeliharaan yang rapi yang telah dilakukan oleh kerajaan dan juga badan swasta.

Senarai Aktiviti Menyeronokkan Yang Boleh Dilakukan di Malaysia

Aktiviti-Aktiviti Menyeronokkan Yang Terdapat di Malaysia

Malaysia merupakan tanahair kepada populasi yang terdiri oleh pribumi Melayu, Cina, India, serta banyak lagi bangsa dan suku kaum asli. Salah satu keunikan Malaysia adalah ia merupakan salah-satu periuk lebur (melting pot) Asia Tenggara dengan kepelbagaian budaya unik; hasil peleburan budaya pelbagai bangsa.

Peleburan budaya ini boleh dilihat hampir di mana-mana. Wujudnya banyak monumen-monumen kebudayaan yang mashyur dan seni bina bangunan-bangunan bersejarah dari zaman penjajahan adalah bukti kukuh rencam budaya yang pelbagai.

Jika anda masih mempelajari tentang perkara-perkara menarik di Malaysia, anda boleh menggunakan senarai di bawah untuk mencuba aktiviti-aktiviti seronok semasa bercuti...


Membeli-Belah Tanpa Cukai di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi ialah gugusan kepulauan memukau yang terletak di perairan Laut Andaman. Terdapat pelbagai aktiviti sesuai untuk mereka yang ingin bercuti dengan merasai pengalaman luar biasa; seperti kapal selam yang membawa anda meneroka bawah laut untuk menatap hidupan laut yang mempesonakan. Pantai-pantai berlatarkan langit dan air laut biru pula sememangnya pemandangan indah untuk mengambil gambar kenangan buat sekeluarga.

Langkawi juga merupakan tempat yang ideal untuk keseronokan membeli-belah kerana terdapat banyak pusat membeli-belah bebas cukai untuk anda membeli barangan idaman pada harga yang sangat rendah. Jika anda suka aktiviti-aktiviti fizikal dan membeli-belah, masukkan Langkawi dalam senarai destinasi pelancongan anda.

Melawat Negeri Melaka yang Bersejarah

Lokasi Melaka yang bersebelahan dengan Selat Melaka, pernah menjadikannya koloni Portugis suatu ketika dahulu. Kini, tanda-tanda zaman penjajahan Portugis dapat dilihat menerusi seni bina gothik yang masih wujud ke hari ini. Di mana sahaja anda lihat, terdapatnya unsur-unsur zaman Renaissance dan budaya Malaysia yang digabungkan dalam rekaan seni bina di sekitar bandar Melaka.


Ciri menonjol yang istimewa bangunan-bangunan di Melaka adalah atap-atap yang dicat dengan lakuer merah, menghasilkan suasana gemilang di pusat bandar Melaka. Ciri unik ini adalah satu-satunya di dunia, lebih-lebih lagi apabila dipasangkan dengan rona-rona kehijauan yang menyelubungi rumah-rumah tempatan. Gereja Christ Melaka mempamerkan seni bina yang mengagumkan, dengan menerapkan unsur-unsur yang diinspirasi oleh Gereja Katolik Rom di Itali.

Pelancong yang ingin memuaskan jiwa kreatif boleh mengunjungi beberapa galeri seni dan muzium. Mereka yang mempunyai minat mendalam untuk mengalami budaya negara-negara lain tentu akan menghargai Melaka sebagai mikrokosma kebudayaan Timur.

Terokai Hidupan Liar di Taman Negara Malaysia

Terokai Hidupan Liar di Taman Negara

Kanopi hutan Taman Negara Malaysia dapat mewujudkan ekosistem sihat untuk pelbagai flora serta spesies haiwan terancam untuk hidup dengan aman dan terlindung. Ianya juga merupakan taman negara terbesar di Malaysia.

Trekking Taman Negara

Selain itu, ‘trekking’ di Taman Negara ialah antara aktiviti yang mesti dicuba di Malaysia. Terdapat juga Laluan trek seratus-kilometer yang selesa dan boleh dinikmati bersama seisi keluarga. Ia penuh dengan adrenalin pada tahap maksimima terutamanya apabila melihat gajah yang menyerbu ke arah anda!

Alami Keseronokan dan Pemandangan di Genting Highlands

Terletak pada ketinggian melebihi 6000 kaki, Genting Highlands menawarkan pengalaman percutian yang mengujakan dengan bar, taman teman, kelab malam dan restoran-restoran mewah. Salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan ialah menaiki Genting Skyway, yang menawarkan abah-abah keselamatan untuk pakar jatuh bebas (free-fall) yang inginkan cabaran penuh adrenalin!

Bermesra Dengan Orangutan di Sepilok

Bermesra Dengan Orangutan Sepilok

Pencinta hidupan liar akan mendapat peluang sekali seumur hidup apabila bercuti di Malaysia. Mereka tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

Orang utan di pusat ini dibesarkan dan dilatih untuk menjadi haiwan yang bijak. Mereka dilindungi daripada pemburuan haram yang sering berlaku di dalam hutan. Pelancong-pelancong boleh melawat pusat pemuliharaan ini untuk mengetahui lebih tentang usaha-usaha pemuliharaan haiwan di Malaysia.

Kesimpulan

Malaysia mempunyai pantai-pantai indah dan pasar-pasar meriah untuk pelancong-pelancong yang mencari bajet yang berpatutan. Malaysia juga dikenali serata dunia sebagai destinasi untuk ‘snorkeling’, ‘trekking’, menyelam dan berkayak. Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik ialah melawat kepulauan Pulau Perhentian dan pantai-pantai di Borneo.

Selain itu, para pelancong juga boleh menikmati bermacam juadah tempatan di pasar ‘street food’ Pulau Pinang.

Terdapat banyak cara untuk seseorang menjelajah Malaysia. Anda boleh merancang keseluruhan perjalanan dengan mengambil peluang untuk menaiki setiap bentuk pengangkutan sekurang-kurangnya sekali.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuat tempahan awal tiket bas online berserta tiket pengangkutan awam lain.


Previous Post Next Post